Kursus Di Universiti: Pengetahuan atau Kemahiran?


Kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat universiti mencerminkan tuntutan semasa dan mengisi jawatan dalam pelbagai bidang, sama ada di sektor swasta mahupun awam.

Persoalannya, adakah kursus yang ditawarkan hanya pengetahuan sahaja atau memberi kemahiran yang diperlukan? Apa pandangan anda?

Sila lawat Laman Web Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UPSI.

Comments

  1. Salam...
    Saya bukanlah pandai sangat untuk memberi komen tambahan pula tajuk yang diberi oleh Dr. macam berat bunyinya. Tapi saya cuba menyampaikan apa yang saya lihat dan saya mendapati keperluan kemahiran melebihi daripada keperluan pengetahuan dan kalau dalam bentuk peratus 60:40. Kemahiran meliputi apa sahaja bentuk tingkah laku yang mencapai sesuatu standard tertentu manakala pengetahuan pula apa sahaja ilmu yang didapati.
    Kenapa saya pilih kemahiran melebihi pengetahuan adalah kerana contoh yang paling hampir dengan saya iaitu pelajar-pelajar UPSI sendiri. Kami bergabung kelas dengan pelajar ISMP yang dalam semester 2 dan 3. Apa yang saya perhatikan, semasa perbentangan kelas Dr.Ihsan , saya dapati pelajar ISMP kurang kemahiran dalam pengucapan awam. Meskipun isi penting ada di tangan tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan kepada pendengar atau dengan kata lain kaku dan tidak berkeyakinan. Walaupun tidak semua tetapi hampir separuh kelas merupakan golongan yang tersebut.
    Tidak hairanlah kenapa KPM tidak lagi menjanjikan peluang pekerjaan sebagai seorang guru kepada pelajar-pelajar UPSI melainkan mereka dapat mengekalkan CGPA yang tinggi.
    Kesannya pengangguran dalam kalangan siswazah amat tinggi kerana majikan mempunyai banyak pilihan dan kemahiran pengucapan awam amat signifikan dengan peluang pekerjaan. Lagi tinggi kemahiran pengucapan awam semakin tinggi peluang mereka mendapat peluang pekerjaan.
    Tambahan pula peluang pekerjaan yang ada sekarang ini amat terhad dan berbanding dengan bilangan graduan yang dihasilkan oleh institut pengajian tinggi awam dan swasta. Mengikut statistik pada tahun 2007 sahaja bilangan graduan yang dilahirkan adalah seramai 168,000 dan dijangkakan bilangan ini akan meningkat setiap tahun.
    Oleh itu bagi mengatasi masalah ini pelbagai usaha telah dilakukan antaranya di peringkat universiti lagi pelajar diwajibkan mengambil subjek Wacana Bahasa Melayu iaitu bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan pengucapan awam yang dilihat sebagai satu keperluan kepada majikan-majikan kerana mereka memerlukan pekerja yang terbaik dan berketrampilan untuk menerajui sektor awam dan swasta.
    Di samping itu masalah pengangguran dilihat sebagai satu isu yang amat kritikal dan ini berlaku apabila graduan yang dihasilkan hanya mementingkan ilmu pengetahuan dan mendapat skor A sedangkan hakikatnya tidak semua pelajar yang berpengetahuan tinggi dalam semua subjek merupakan orang yang benar-benar berketrampilan untuk bersaing untuk mendapatkan pekerjaan.
    Oleh itu mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyarankan agar IPTA dan IPTS dapat melahirkan modal insan yang berprestasi unggul dan mendorong IPTA dan IPTS menyediakan modul program pembangunan kemahiran insaniah yang bertujuan untuk menerapkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan siswazah.
    Diharapkan dengan menerapkan kemahiran keusahawan bakal-bakal graduan dapat menjadi usahawan yang berjaya.
    Oleh itu kesimpulannya kemahiran dan pengetahuan itu perlu seiring untuk mereka berdepan dengan cabaran globalisasi kerana sekarang ilmu tanpa kemahiran tidak dapat menjanjikan peluang pekerjaan kepada para graduan dan kemahiran tanpa ilmu juga mendatangkan pelbagai masalah seperti jenayah koporat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila beri komen secara ilmiah

Popular posts from this blog